16 MEI 2012 (Rabu) - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara adalah tema hari guru yang telah ditetapkan pada tahun ini. Berbagai aktiviti telah diatur sepanjang majlis sambutan yang diadakan. Salah satu acara yang dinantikan adalah acara 'red carpet'. Pada tahun ini Lembaga Pengawas SMK Ampang Pecah menetapkan tema pakaian tradisional sebagai busana rasmi sambutan hari guru peringkat sekolah.
Pelbagai acara yang menarik telah diatur oleh Lembaga Pengawas SMK Ampang Pecah dengan tujuan untuk memeriahkan majlis sambutan di samping menambah rasa mesra antara guru dan pelajar juga pelajar dengan pelajar. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjadi penaja sambutan hari guru dan terima kasih daun keladi kepada Lembaga Pengawas yang telah menganjur majlis ini dengan meriah dan lancar. Semoga sambutan pada tahun akan datang lebih meriah dan memberi makna kepada semua warga sekolah.
Persembahan Pelajar
Persembahan Guru
Acara Red Carpet
Acara memotong kek bersama YB Wong Koon Mun
Pasangan Red Carpet yang sporting
Guru-guru bergaya dengan busana tradisional
Persembahan Guru dan Pelajar