Internet Safety Awareness Seminar

Bergambar kenangan bersama para peserta seminar

Gambar kenangan bersama ahli Briged Bestari SMKAP


Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Penyertaan



YBhg. Dato' Dr. Siti Zaleha bt. Abdullah Sani bersama para peserta


Penyampaian Cenderamata


Tetamu dihiburkan dengan persembahan gamelan SMKAP


Ucapan Perasmian YBhg. Dato' Dr. Siti Zaleha bt. Abdullah Sani


Ucapan Kata Alu-aluan oleh Ybhg. Lt. Kol.Dato' Husin Jazri


Pelancaran 'gimmick'

Majlis Perasmian


Majlis menandatangani buku pelawat




Sesi Pendaftaran Peserta


En.Jazannul Azriq b. Aripin sebagai penceramah


SMK Ampang Pecah 13 Julai 2011 - Dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah mendedahkan seluruh masyarakat dunia dengan penggunaan internet secara global. Fenomena ini tidak terkecuali dalam bidang pendidikan yang mana para guru dan pelajar turut menggunakannya bagi tujuan pendidikan. Perkembangan e-learning, penggunaan bahan P&P di internet dan penggunaan laman web sosial telah mendedahkan golongan pendidik dan pelajar dengan bahaya ancaman keselamatan diri daripada dieksploitasi oleh individu lain yang tidak bertanggungjawab. Justeru itu, Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia bersama CyberSAFE MOSTI telah menganjurkan seminar CYBERSAFE IN SCHOOLS 2011 bertempat di SMK Ampang Pecah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan cara mengambil langkah-langkah keselamatan apabila berurusan menggunakan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Antara input yang diberi adalah berkaitan kaedah selamat untuk melayari internet, security browser dan security option di Facebook. Laman web http://www.cybersafe.my turut diperkenalkan yang mana ia memberi banyak ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar dan pengguna internet amnya.

CyberSAFE Google-Fu Workshop melibatkan 64 orang guru dan pelajar yang terdiri daripada 12 buah sekolah menengah dan 4 buah sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Setiap sekolah diwakili oleh seorang guru dan tiga orang pelajar ahli Briged Bestari. Agenda seminar bermula seawal 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Ybhg. Dato' Dr.Siti Zaleha bt. Abdullah Sani. Majlis diserikan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Ybhg.Lt.Kol.Dato' Husin Jazri (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif, Cybersecurity Malaysia.

Berikut adalah senarai sekolah yang telah menyertai CyberSAFE Google-Fu Workshop:
1. SMK Ampang Pecah
2. SMK Sg. Pusu
3. SMK Victoria
4. SMA Persekutuan, Kajang
5. SMK Seri Bintang Utara
6. SMK Seri Bintang Selatan
7. SMK Putrajaya Persint 8 (1)
8. SMK (P) Sri Aman
9. Sekolah Seri Puteri
10. SM Vokasional ERT, Setapak
11. SMK Taman Setiawangsa
12. SMK Aminuddin Baki
13. SK Putrajaya, Persint 8 (1)
14. SK Seri Bintang Utara
15. SK Putrajaya Persint 9 (1)
16. SK Seri Bintang Selatan

Seminar Cybersafe In Schools 2011 diakhiri dengan majlis penutupan dan penyampaian sijil oleh Pengetua SMK Ampang Pecah, Puan Hajah Ros bt. Yusof. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BTP KPM kerana memilih SMK Ampang Pecah sebagai lokasi seminar dan memberi kepercayaan kepada ahli briged bestari SMK Ampang Pecah membantu melaksanakan program ini dengan jayanya.




1 comment:

  1. I learnt new things and information from your article.You have done a brilliant job. Let’s keep it up.

    Cyber Security Penetration Testing Courses

    ReplyDelete

Followers