SAMBUTAN HARI GURU 2012

16 MEI 2012 (Rabu) - Guru Inovatif  Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara adalah tema hari guru yang telah ditetapkan pada tahun ini. Berbagai aktiviti telah diatur sepanjang majlis sambutan yang diadakan. Salah satu acara yang dinantikan adalah acara 'red carpet'. Pada tahun ini Lembaga Pengawas SMK Ampang Pecah menetapkan tema pakaian tradisional sebagai busana rasmi sambutan hari guru peringkat sekolah. 

Pelbagai acara yang menarik telah diatur oleh Lembaga Pengawas SMK Ampang Pecah dengan tujuan untuk memeriahkan majlis sambutan di samping menambah rasa mesra antara guru dan pelajar juga pelajar dengan pelajar. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjadi penaja sambutan hari guru dan terima kasih daun keladi kepada Lembaga Pengawas yang telah menganjur majlis ini dengan meriah dan lancar. Semoga sambutan pada tahun akan datang lebih meriah dan memberi makna kepada semua warga sekolah.

Persembahan Pelajar



Persembahan Guru


 Acara Red Carpet



Acara memotong kek bersama YB Wong Koon Mun

Pasangan Red Carpet yang sporting


Guru-guru bergaya dengan busana tradisional 




Persembahan Guru dan Pelajar 

SEKOLAH PENYAYANG

PROGRAM GURU PENYAYANG: SAMBUTAN HARI JADI PELAJAR


2 MEI 2012  (Rabu)- Satu majlis  sambutan Hari Lahir pelajar-pelajar SMK Ampang Pecah terutama pelajar yang mempunyai bulan kelahiran Janusri dan Februari telah diadakan di dataran perhimpunan. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menunjukkan sikap keperihatinan guru dan kasih sayang guru kepada pelajar-pelajar SMK Ampang Pecah.

Pengisian program dipenuhi dengan ucapan selamat hari lahir, nyayian beramai-ramai dan pemberian cenderamata kepada semau pelajar yang terlibat.

Semoga aktiviti ini dapat melembutkan hati para pelajar agar menyayangi sekolah dan cinta akan ilmu



SENARIO KEPUTUSAN SPM 2011

Tahniah kepada semua pelajar lepasan SPM 2011 yang telah menamatkan pengajian sekolah menengah dan lulus dalam peperiksaan SPM 2011





Pelajar Cemerlang SPM 9A
Tan Kok Kiong dan Kesavan

Pada hari yang sama beberapa institusi pengajian tinggi turut membuka kaunter untuk mempromosikan pakej pengajian yang ditawarkan di institusi masing-masing. Sesi ini dinamakan KEMBARA KERJAYA






PROGRAM KERJAYA

28 Februari 2012 - PROGRAM KERJAYA bersama Flamingo International Collage merupakan satu program pendedahan kerjaya kepada para pelajar SMK Ampang Pecah. Pilihan kerjaya kali ini ialah sebagai bakery yang mana satu sesi demonstrasi telah dilakukan oleh pihak kolej yang menarik perhatian dan minat para pelajar untuk mencubanya. Para pelajar diberi peluang menghias kek dengan bantuan para fasilitator yang hadir bersama. Sesi ini telah dilaksanakan di dalam Pusat Sumber Sekolah sesuai dengan peranan Pusat Sumber sebagai gedung ilmu yang boleh dicapai dalam pelbagai bentuk. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan di masa akan datang. 





MAJLIS PELANCARAN ANTI DADAH DAN SEKOLAH PENYAYANG 2012

27 Februari - Majlis Pelancaran Anti Dadah dan Sekolah Penyayang telah dilancarkan denga  rasminya oleh En. Rozali b. Mazlan, pengetua SMK Ampang Pecah dalam satu majlis rasmi yang diekndalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Beberap aktiviti telah diatur bagi melibatkan semua guru dan pelajar dalam kempen yang telah dilancarkan ini seperti kuiz antara badan beruniform, pertandingan melukis poster anti dadah, ceramah anti dadah dan pelbagai lagi aktiviti yang pastinya membantu warga SMK Ampang Pecah menghayati kempen yang dijalankan.  Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Ampang Pecah di atas pengelolaan kempen yang menarik dan berjaya. 

Peserta Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah




Peserta Kuiz Anti Dadah



Banner Pelancaran Program Anti Dadah dan Sekolah Penyayang

TAHNIAH!


Pn. Lan Rasni b. Talib
Pengetua SMK Kalumpang

Warga SEMEKAP mengucapkan setinggi tahniah kepada Puan Lan Rasni b. Talib GPK Kurikulum di atas kenaikan pangkat sebagai PENGETUA. Beliau akan memulakan tugas baru di SMK Kalumpang mulai 27 Februari 2012. Berita kenaikan pangkat dan penghijaran beliau ke sekolah lain amat memeranjatkan kerana beliau baru sahaja beberapa bulan bertukar ke SMK Ampang Pecah. 

Namun begitu, seluruh warga kerja SMK Ampang Pecah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Lan Rasni b. Talib di atas khidmat beliau yang penuh dedikasi dan sistematik. Kami warga SMK Ampang Pecah mendoakan agar beliau sentiasa sukses dengan jawatan baru di sekolah baru dan dapat menjana kecemerlangan serta disayangi oleh semua warga sekolah. Semoga terus MAJU JAYA.

CERAMAH MAULIDUR RASUL

17 Februari 2012 - Ceramah Maulidur Rasul pada tahun ini telah menjemput sekali lagi Ustaz Kamaruzzaman yang merupakan pendakwah bebas. Beliau telah berjaya menyampaikan ceramahnya dengan bersahaja dan mencuit hati semua peserta. Kecintaan terhadap Rasul Nabi Muhammad S.A.W merupakan fokus ceramah beliau yang banyak menyedarkan kita tentang pentingnya mencintai Rasul bagi mendapatkan syafaat baginda di akhirat kelak. Banyak kisah teladan dan akhlak nabi yang disampaikan di samping menyeru semua peserta berselawat kepada nabi untuk menunjukkan rasa sayang terhdap Rasullulah. Matlamat Rasul diutuskan di atas muka bumi ini adalah bertujuan untuk menyempurnakan akhlak manusia yang mana akhlak Rasulullah menjadi idiola umat islam yang beriman.

Ceramah diceriakan lagi dengan soalan-soalan pop kuiz kepada pelajar-pelajar. Hadiah turut diberi kepada pelajar yang berjaya. InsyaAllah tahun depan majlis maulidur Rasul akan dianjurkan lagi oleh Panitia Pendidikan Agama Islam.



WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEMEKAP 2012

13 Februari 2012 - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas SEMEKAP telah dijalankan dengan lancar pada pagi Isnin 13 Februari 2012. Penyerahan watikah perlantikan guru disiplin dan kuasa merotan turut diadakan sama pada majlis tersebut di samping bacaan ikrar pengawas-pengawas baru yang diketuai oleh saudari Farhanah Sukainah bt. Wahab selaku ketua pengawas sekolah.




GOTONG ROYONG PERDANA SEMEKAP 2012


11 Februari 2012 - SEMEKAP telah melancarkan Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua guru dan pelajar. Gotong royong dijalankan dengan perancangan rapi yang diketuai oleh Pn. Hjh. Salmah bt. Wahid sebagai Setiausaha AJK keceriaan sekolah. Semoga usaha ini dapat mengekalkan keceriaan dan cinta akan sekolah serta menjaga keselesaan semua.

MERENTAS DESA 2012

3 Februari 2012 - Kejohanan Merentas Desa 2012 telah dilaksanakan dengan meriah dan mencapai sasarannya. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang hadir dan telah ebrlari dengan bersungguh-sungguh demi  mendapatkan mata untuk rumah masing-masing. Pada tahun ini cabutan bertuah juga turut diadakan bagi setiap kategori yang mana pelajar yang tidak mendapat tempat teratas juga turut berpeluang memenangi cabutan bertuah. Hamper cabutan bertuah ini telah disediakan oleh unit kokurikulum SEMEKAP. Keputusan Kejohanan Merentas Desa 2012 meletakkan rumah MERAH sebagai JUARA dan tempat kedua rumah Kuning, ketiga rumah Hijau dan keempat rumah Biru. Tahniah kepada semua.



PROGRAM MAJU DIRI SEMEKAP

9 Januari hingga 19 Januari 2012- Selama seminggu Program Maju Diri (PMD) telah dijalankan di bawah pengelolaan kaunselor sekolah yang terdiri daripada Pn. Nurliyana, En. Mohd. Hafiz dan En. Mulyadi. Sesi PMD telah dilaksanakan dengan jayanya dan meninggalkan impak yang baik kepada semua pelajar yang mengikutinya. Tahniah diucapkan kepada unit Bimbingan dan Kaunseling SEMEKAP! 


Bacaan lanjut sila layari http://nurliyana69.blogspot.com






SELAMAT DATANG PELAJAR TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN

3 Januari 2012- Majlis pendaftaran pelajar baru bagi Peralihan dan Tingkatan Satu telah dijalankan dengan lancar bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. 

Semua ibubapa yang hadir telah disambut oleh tuan pengetua dan barisan pentadbir serta dipersilakan masuk ke Dewan Sutera bagi mendengar ucapan alu-aluan pengetua En.Rozali b. Mazlan dan GPK Kurikulum Pn.Lan Rasni b.Talib. 

Tidak ketinggalan ibubapa juga didedahkan dengan perkhidmatan kaunseling di sekolah dan sistem PLBS yang akan digunakan untuk menilai pelajar-pelajar baru.

Warga SMK Ampang Pecah mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baru Peralihan dan Tingkatan Satu tahun 2012. Semoga menjadi warga SEMEKAP yang cemerlang.

Ibubapa yang hadir sedang mendengar taklimat.



Taklimat PLBS oleh En. Khusaini Amir b. Puteh Wahab



Sesi pendaftaran pelajar 




Ucapan alu-aluan oleh tuan pengetua En. Rozali b. Mazlan




SELAMAT TAHUN BARU 2012


Selamat Tahun Baru 2012 kepada seluruh warga SEMEKAP.

Jika tahun sebelumnya tidak menjanjikan kejayaan.

 ‘Use completely different approach!

  Semoga tahun ini membawa lebih berkat, rahmat dan ketenangan dalam hati kita. 
Amin.











Followers