Aktiviti Hari Kokurikulum dan Program Pembestarian SMKAP

Pameran Program Pembestarian Sekolah juga telah diadakan oleh Briged Bestari sekolah ini. Pelbagai maklumat berkenaan pembestarian sekolah telah dipamerkan di samping mengadakan juga jualan untuk mengisi tabung aktiviti briged bestari. Ibu bapa, guru dan pelajar yang hadir berpeluang menggunakan I-KIT dan IWB yang dipamerkan di samping memperolehi maklumat pembestarian melalui pemeran yang diadakan.




Penolong Pegawai PPD H. Selangor Sektor Kemanusiaan , En. Kamal b. Rusdi juga tidak ketiggalan mencuba Interactive White Board ketika melawat tapak pameran unit ICT dan sempat melakarkan sesuatu untuk tatapan kita semua. Di samping itu, beliau juga telah mencuba salah satu permainan yang disediakan oleh briged bestari iaitu 'Golf Bestari' dengan melakukan 'putting'. En. Kamal memang hebat!!!




Guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar juga tidak ketinggalan dalam membuat pemeriksaan tekanan darah dan juga pemeriksaan BMI yang dilakukan oleh Klinik Kesihatan Kuala Kubu Bharu. Hai cikgu..... tekanan darah sudah tinggi ke? Lepas ni semua guru perlu buat ujian SEGAK pula.




Para pelajar dan guru sedang sibuk menguruskan gerai masing-masing. Pelbagai menu jualan dijual dan sesungguhnnya memang enak dan membuka selera. Dengar khabarnya makanan dan minuman semuanya habis dijual pada hari tersebut. SYABAS!!!!








No comments:

Post a Comment

Followers