Bengkel Moodle

Bergambar kenangan dengan tetamu dan semua peserta.


Persembahan muzik gamelan dalam majlis penutupan oleh pasukan gamelan
SMK Ampang Pecah.


Penyampaian cenderamata dan sumbangan kepada wakil fasilitator UPSI
En.Mohammad b. Hassan


En.Zahri b. Haji Ramlan diriringi oleh pengetua dan YDP PIBG SMKAP.


Suasana berbengkel di dalam makmal komputer


Mei 2011 - Seramai 48 orang peserta yang melibatkan 17 buah sekolah menengah, 5 buah sekolah rendah dan PPD Hulu Selangor telah mengikuti Bengkel Aplikasi e-Learning (Moodle) dalam P&P Daerah Hulu Selangor 2011 yang diadakan di SMK Ampang Pecah dari 24 Mei sehingga 26 Mei 2011. Bengkel ini dianjurkan oleh SMK Ampang Pecah dengan kerjasama JPN Selangor dan PPD Hulu Selangor serta sokongan khas Pusat ICT Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bengkel ini bermatlamat untuk memperkenalkan kepada sekolah-sekolah dalam daerah Hulu Selangor berkaitan e-learning - Moodle yang berasaskan Content Management System (CMS) yang boleh diaplikasikan di sekolah. Seramai 8 orang fasilitator dari Pusat ICT dan Fakulti Seni, Komputer dan Industri Kreatif telah menjadi tenaga pengajar utama dalam bengkel ini. Majlis 'Soft Launch' bengkel ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Ros bt. Yusoff, pengetua SMK Ampang Pecah dan turut berkesempatan hadir Tn. Haji Mohd. Nazri b. Md.Saad, pengarah Pusat ICT UPSI bagi memberikan sokongan.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh En. Zahri b. Haji Ramlan, Penolong Pengarah Kanan, Unit ICT dan Perkomputeran JPN Selangor. Turut hadir di majlis tersebut, YDP PIBG SMK Ampang Pecah, En. Mohd. Nor b. Abbas dan En. Jamluddin b. Abd. Kadir, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Teknologi dan Vokasional, PPD Hulu Selangor.

Para peserta telah dianugerahi sijil penyertaan dan diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua fasilitator dari UPSI. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada JPN Selangor, PPD Hulu Selangor, PIBG SMK Ampang Pecah, Pusat ICT UPSI dan para dermawan yang telah menaja bengkel ini untuk menggerakkan pendidikan alaf 21 di daerah Hulu Selangor. Semua pengetua dan guru besar sekolah yang terlibat diucapkan terima kasih di atas kerjasama melibatkan diri dalam bengkel ini. Semoga bengkel ini memberi manfaat dan diaplikasikan di semua sekolah yang terlibat bagi menjana pendidikan bestari.

Kepada semua warga SMK Ampang Pecah, tahniah dan syabas di atas kerjasama yang baik dalam penganjuran bengkel ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua.


No comments:

Post a Comment

Followers