PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2011

April 2011- Pasukan PBSM (perempuan) SMK Ampang Pecah telah dinobatkan sebagai penyandang Juara dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform NGO pada tahun 2011 yang telah diadakan di Dataran Ilmu SMK Ampang Pecah. Sebanyak 14 pasukan unit beruniform NGO telah turut serta mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan pada peringkat daerah Hulu Selangor. Tahniah kepada saudari Misbah yang telah terpilih sebagai Ketua Platun Terbaik dalam pertandingan ini. Jutaan tahniah dan penghargaan kepada semua guru PBSM SMKAP dan En. Hanafiah yang telah memberi komitmen yang terbaik sehingga pasukan ini mendapat kejayaan. Pasukan ini akan mewakili Hulu Selangor ke peringkat negeri yang akan diadakan di Sepang pada bulan Mei. Semoga kesungguhan dan keikhlasan mendapatkan kejayaan berterusan keperingkat negeri dan seterusnya kebangsaan. Insyaalah. Untuk melihat rakaman video kawad kaki, sila klik di sini.

Dalam acara lain, pasukan Kadet Polis wanita SMK Ampang Pecah telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kawad kaki Kadet Polis peringkat daerah Hulu Selangor. Tahniah kepada semua pasukan kadet polis wanita di atas kejayaan ini.

No comments:

Post a Comment

Followers