Program Motivasi dan Kerjaya

Ceramah Program Keselamatan dan Kerjaya Polis bersama PDRM Kuala Kubu Bharu





Anda Bijak Jauhi Zina





PROGRAM MOTIVASI DAN KERJAYA

Tarikh : 1 Oktober 2009
Hari : Khamis
Masa : 12.00 pm sehingga 1.10 pm

Pada tarikh tersebut di atas, pelajar-pelajar SMK Ampang Pecah telah mengikuti program Motivasi bertajuk Anda Bijak Jauhi Zina yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar perempuan yang disampaikan oleh Pn. Hajah Nurliyana bt. Ibrahim, manakala ceramah kerjaya Program Keselamatan dan Kerjaya Polis telah disampaikan oleh pegawai Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor kepada pelajar-pelajar lelaki. Program ini diatur adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar perempuan betapa pentingnya menjaga maruah diri, keluarga dan agama. Ceramah kerjaya Polis pula adalah untuk membuka minda pelajar lelaki khususnya berkaitan kerjaya polis dan peluang-peluang kerjaya yang ada dalam bidang kepolisan. Sambutan pelajar amat menggalakkan dan kedua-dua sesi ceramah ini berjalan dengan lancar dan pelajar dapat ilmu yang bermanfaat darinya. Semoga usaha ini dapat membantu pelajar membina keyakinan dan mempunyai hala tuju dalam kehidupan.


No comments:

Post a Comment

Followers