SOLAT HAJAT PMR DAN SPM


Bacaan Yassin





Pendaftaran Peserta





Tarikh : 2.10. 2009

Tempat: Masjid A-lRahimah Kuala Kubu Bharu

Masa : 6.30 petang - 9.00 malam

Solat hajat dan bacaan yassin untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM telah diadakan di Masjid AL Rahimah Kuala Kubu Bharu. Ramai ibu bapa turut serta dalam solat hajat ini. Program ini juga turut disertai oleh 2 buah sekolah yang berdekatan iaitu SMK Dato'Haji Kamaruddin dan SMK Kuala Kubu Bharu. Acara dimulakan dengan pendaftaran pelajar dan ibu bapa sebelum solat Maghrib. Selepas solat Maghrib berjemaah, bacaan yassin dimulakan dan diakhiri dengan solat Isyak dan solat Hajat berjamaah. Semoga semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM mendapat ketenangan jiwa dan fikiran serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Seluruh warga SMKAP mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan PMR dan SPM dengan cemerlang.

Bacaan Yassin





No comments:

Post a Comment

Followers