SEJARAH EMPANGAN PECAH KUALA KUBU

Masjid Ampang Pecah merupakan satu-satunya bangunan yang terselamat
dalam banjir besar yang mana keajaiban Tuhan ini dapat dilihat sekali lagi dalam peristiwa Tsunami di Acheh.

Menara Masjid tertera Tahun 1926

Salam dan selamat sejahtera.

Post kali ini bukan untuk memaparkan kejayaan sekolah atau aktiviti sekolah. Tetapi untuk menjelaskan bagaimana hadirnya nama Ampang Pecah di Kuala Kubu Bharu. Pekan Kuala Kubu telah dibuka pada kurun ke 18 oleh orang-orang Melayu yang menjalankan kegiatan melombong bijih timah. Sebuah empangan besar untuk kegunaan kerja-kerja melombong telah dibina di daerah ini. Pada 24 Oktober 1883 Empangan Kuala Kubu ini telah pecah dan menyebabkan banjir besar yang menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya. Peristiwa Empangan Kuala Kubu yang pecah ini penting dicatatkan kerana bertolak dari peristiwa inilah lahirnya pekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang. Tragedi pecahnya empangan Kuala Kubu ini juga dikenali sebagai `Sejarah Kuala Kubu'. Akibat dari kejadian ini Kuala Kubu sebagai sebuah mukim, pekan dan pusat pentadbiran jajahan Hulu Selangor telah tenggelam. Pusat pentadbiran tersebut telah dipindahkan ke Rasa buat sementara waktu. Empangan yang roboh itu panjangnya kira-kira 1.6km dan lebarnya melebihi 91.4m. Ia dibuat daripada batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu iaitu anak Sungai Selangor. Kejadian ini telah mengorbankan nyawa dan harta benda. Seramai 33 orang termasuk Pegawai Daerah dan Majistret berbangsa Inggeris bernama Cecil Ranking turut terkorban. Sementara 38 buah rumah hanyut dan satu-satunya mata pencarian penduduk kawasan ini iaitu mendulang bijih juga turut terjejas. Usaha-usaha untuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat pada tahun 1931, dan pekan Kuala Kubu Bharu telah dibuka dan kekal sebagai salah sebuah Pusat Pentadbiran di Hulu Selangor hingga hari ini, menggantikan Kuala Kubu Lama yang tinggal dalam kenangan.
Begitulah wujudnya nama Ampang Pecah dan Kuala Kubu Bharu. Jika saudara/ri ingin mengetahui cerita mitos buaya putih yang besangkut paut dengan empangan pecah, silalah baca Mitos Buaya Putih Kuala Kubu dari mana-mana perpustakaan atau halaman web yang banyak menceritakan tentang mitos ini. Namun begitu sastera rakyat seperti ini sudah pasti ada banyak tokok tambah bagi menyedapkan cerita dan suasana penceritaan ketika itu. Asas mitos Buaya Putih di empangan Kuala Kubu ini ada kebenarannya namun sejauh mana jalan cerita ini diolah tiada kepastiannya.


12 comments:

  1. Turut terselamat dalam banjir besar itu ialah tokong Guan Yin Gu See yang kini menjadi tarikan pelancong di Kuala Kubu Bharu.

    ReplyDelete
  2. hahaha..ape plak ade cite pasal clubbing ni..... nk tnye, kt mne tempat asal 33buah rumah tu?????

    ReplyDelete
  3. Entah lee macamana boleh ada cerita clubbing kat article sejarah empangan pecah. Maharaja Lawak betul..
    En.paan, bukan 33 buah rumah tapi 38 buah rumah. Lokasi kat kuala kubu. Area kawasan ampang pecah... ???

    ReplyDelete
  4. kemanakah hilangnya Kg Peruntun???

    ReplyDelete
  5. Minta betulkan maklumat masjid lama Ampang Pecah bukan peninggalan empangan pecah kerana didirikan pada tahun 1926. Peristiwa empangan pecah ialah pada tahun 1883..jauh tu!!!

    ReplyDelete
  6. Kpg Peruntum dah tenggelam... tak ada sisa lagi. Insya Allah usaha sedang dibuat untuk lahirkan Kg Perumtum Tambahan tak lama lagi.

    ReplyDelete
  7. Maaf nak betulkan maklumat. Walaupun banjir berlaku pada 1883, tetapi selepas banjir tersebut, penduduk Kuala Kubu masih berada di Kuala Kubu. Pegawai Daerah ketika itu telah menulis beberapa kali ke pentadbiran British untuk berpindah kerana keadaan Kuala Kubu yang selalu dilanda banjir. Kuala Kubu sekali lagi dilanda banjir besar sekitar 1926 yang memaksa pusat pentadbiran dipindah ke Rasa sebelum ianya dipindah semula ke Kuala Kubu Bharu pada 1930. Kalau Kuala Kubu musnah pada 1883 bagaimana foto bandar berkenaan boleh diambil pada 1906. Lihat sini: http://www.rsmurthi.com/OldSelangorPhotos1.html. Hanya berkongsi maklumat :-)

    ReplyDelete
  8. Ini menunjukkan Masjid Ampang Pechah merupakan tinggalan peristiwa Banjir Besar.

    ReplyDelete
  9. Soalan yg bagus.... tapak asal kampung itu ialah di tapak kem bina semangat skrang ni. Nak tengok bukti datang la ke Galeri Sejarah Kuala Kubu di Jalan Syed Mashor (sebelah JPAM). Kepada yang berminat nak jadi ahli Persatuan Sejarah Kuala Kubu dijemput hadir ke mesyuarat agung kali pertama akan diadakan pada 1 Mei 2014 jam 10 pagi di galeri sejarah itu. Harap maklum.

    ReplyDelete
  10. Arwah ibunda saya lahir di Kerling Kuala Kubu 1933, pernah menceritakan tentang asal usul kampungnya.Ibu
    telah meninggalkan Kuala Kubu -1951.
    Pernahkah anda mendengar cerita Tugu Gajah yang musnah semasa Ampang pecah ?

    ReplyDelete
  11. Kesannya sampai sekarang daerah Kuala Kubu Serendah tidak maju seperti di daerah lain di negeri Selangor

    ReplyDelete

Followers