TAHNIAH!


Pn. Lan Rasni b. Talib
Pengetua SMK Kalumpang

Warga SEMEKAP mengucapkan setinggi tahniah kepada Puan Lan Rasni b. Talib GPK Kurikulum di atas kenaikan pangkat sebagai PENGETUA. Beliau akan memulakan tugas baru di SMK Kalumpang mulai 27 Februari 2012. Berita kenaikan pangkat dan penghijaran beliau ke sekolah lain amat memeranjatkan kerana beliau baru sahaja beberapa bulan bertukar ke SMK Ampang Pecah. 

Namun begitu, seluruh warga kerja SMK Ampang Pecah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Lan Rasni b. Talib di atas khidmat beliau yang penuh dedikasi dan sistematik. Kami warga SMK Ampang Pecah mendoakan agar beliau sentiasa sukses dengan jawatan baru di sekolah baru dan dapat menjana kecemerlangan serta disayangi oleh semua warga sekolah. Semoga terus MAJU JAYA.

1 comment:

  1. Tahniah kepada PN Lan Rasni yang telah dipindahkan selaku Pengetua di SMK Kalumpang. Pada masa yang sama tahniah kepada En Mohd Suhaimi b Abdullah yang telah dilantik secara rasmi oleh panel naik pangkat penggantikan tempat Pn Lan Rasni. Pada masa yang sama tahniah juga kepada Pn Norlida yang telah dipilih menggantikan tempat HEM yang dikosongkan oleh En Mohd Suhaimi. Tahniah kepada En Mohd Azimi bin Kassim kerana menjadi GPK Kokurikulum yang baru...

    ReplyDelete

Followers