SMK AMPANG PECAH DI SINAR



SMK Ampang Pecah kini di Sinar Harian pula. Berita berkaitan sekolah ini telah diterbitkan pada 5 Januari 2010. Berikut adalah hasil tulisan saudara Amirullah Abdul Karim wartawan Sinar Harian yang telah datang melawat ke tapak pameran Sekolah Bestari anjuran Komuniti Bestari Taman Ampang Pecah dan Agensi Anti Dadah Hulu Selangor.

SMKAP terunggul luar bandar

AMIRULLAH ABDUL KARIM

KUALA KUBU BHARU - Ramai tidak mengetahui Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah (SMKAP) telahpun disenaraikan sebagai Sekolah Bestari. Namun, usaha mempromosikan sekolah tersebut masih giat dilaksanakan memenrusi penglibatan dan penyertaan di beberapa program komuniti sekitar daerah ini. Guru Penyelarasnya, Saemah Mat Sahir berkata, SMKAP mahu masyarakat Hulu Selangor menyedari kewujudan sekolah bestari itu. Menurutnya, masyarakat perlu tahu dan sedar bahawa terdapat institusi berprestasi tinggi di daerah ini dan salah satunya adalah SMKAP. "Kita mahu ibu bapa sedar institusi kita sudah ada transformasi dengan kelengkapan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan menyedari keperluannya.
"Dengan kewujudan sekolah bestari ini juga akan mengubah persepsi dan gaya hidup masyarakat bahawa penggunaan ICT bukan hanya untuk golongan tertentu sahaja tetapi untuk semua,' katanya. Menurutnya, sekiranya ibu bapa mahu menempatkan anak mereka di SMKAP, usaha pembentukan sahsiah mereka perlu terlebih dahulu dilakukan. Katanya, pihak sekolah akan berusaha memupuk sahsiah terbaik dalam diri pelajar dalam usaha melahirkan pelajar bestari selaras dengan misi membentuk pelajar Unggul menjelang 2012. SMKAP dahulunya adalah sekolah harian biasa dan melalui pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah, sekolah ini diangkat sebagai Sekolah Bestari.
Malah katanya, SMKAP adalah sekolah bestari yang terbaik di luar bandar daripada 15 sekolah bestari di seluruh Malaysia.
"Dahulunya sekolah ini hanya sebuah sekolah harian biasa, namun bermula Mac tahun lalu, kita melalui proses transformasi pembudayaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
"Empat komponen pembangunan utama yang dititikberatkan seperti modal insan, aplikasi, infrastruktur dan penggunaan,"katanya.
Saemah berkata , SMKAP kini dilengkapi dengan peralatan ICT seperti Kit Interaktif (I-kit) dan papan putih interaktif (IWB) untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif.
"Menurutnya, dengan bantuan peralatan itu, segalanya menjadi lebih mudah.
Selain itu katanya, SMKAP juga dilengkapi dengan Pusat Akses Maklumat Bestari yang berfungsi sebagai kafe siber dalam menyediakan medium mengakses internet. Malah, katanya dalam usaha menggalakkan pelajar terdedah dengan pengetahuan ICT, Program Briget Bestari diwujudkan. Pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam ICT akan dilantik menyertai program itu. Secara keseluruhannya, aplikasi ICT yang diperkenalkan di sekolah luar bandar dapat menggalakkan pelajar untuk lebih ke hadapan dan terlibat lebih aktif ketika berada di sekolah.



1 comment:

  1. Ini adalah pertama kali saya memasuki blog SEMAKAP semenjak mula bertugas di sekolah ini secara rasmi pada 5.9.2011(Isnin).
    Tahniah kepada semua warga SEMAKAP dengan penghasilan blog dan web yang sedia ada. Saya amat berharap segala proses yang dilaksanakan ini dapat diteruskan dan dapat memastikan status sekolah bestari luar banda 5 bintang akan dikekalkan dan dapat berkembang sebagai institusi pendidikan yang cemerlang.

    ReplyDelete

Followers