Internet Safety Awareness Seminar

Bergambar kenangan bersama para peserta seminar

Gambar kenangan bersama ahli Briged Bestari SMKAP


Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Penyertaan



YBhg. Dato' Dr. Siti Zaleha bt. Abdullah Sani bersama para peserta


Penyampaian Cenderamata


Tetamu dihiburkan dengan persembahan gamelan SMKAP


Ucapan Perasmian YBhg. Dato' Dr. Siti Zaleha bt. Abdullah Sani


Ucapan Kata Alu-aluan oleh Ybhg. Lt. Kol.Dato' Husin Jazri


Pelancaran 'gimmick'

Majlis Perasmian


Majlis menandatangani buku pelawat




Sesi Pendaftaran Peserta


En.Jazannul Azriq b. Aripin sebagai penceramah


SMK Ampang Pecah 13 Julai 2011 - Dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah mendedahkan seluruh masyarakat dunia dengan penggunaan internet secara global. Fenomena ini tidak terkecuali dalam bidang pendidikan yang mana para guru dan pelajar turut menggunakannya bagi tujuan pendidikan. Perkembangan e-learning, penggunaan bahan P&P di internet dan penggunaan laman web sosial telah mendedahkan golongan pendidik dan pelajar dengan bahaya ancaman keselamatan diri daripada dieksploitasi oleh individu lain yang tidak bertanggungjawab. Justeru itu, Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia bersama CyberSAFE MOSTI telah menganjurkan seminar CYBERSAFE IN SCHOOLS 2011 bertempat di SMK Ampang Pecah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan cara mengambil langkah-langkah keselamatan apabila berurusan menggunakan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Antara input yang diberi adalah berkaitan kaedah selamat untuk melayari internet, security browser dan security option di Facebook. Laman web http://www.cybersafe.my turut diperkenalkan yang mana ia memberi banyak ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar dan pengguna internet amnya.

CyberSAFE Google-Fu Workshop melibatkan 64 orang guru dan pelajar yang terdiri daripada 12 buah sekolah menengah dan 4 buah sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Setiap sekolah diwakili oleh seorang guru dan tiga orang pelajar ahli Briged Bestari. Agenda seminar bermula seawal 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Ybhg. Dato' Dr.Siti Zaleha bt. Abdullah Sani. Majlis diserikan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Ybhg.Lt.Kol.Dato' Husin Jazri (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif, Cybersecurity Malaysia.

Berikut adalah senarai sekolah yang telah menyertai CyberSAFE Google-Fu Workshop:
1. SMK Ampang Pecah
2. SMK Sg. Pusu
3. SMK Victoria
4. SMA Persekutuan, Kajang
5. SMK Seri Bintang Utara
6. SMK Seri Bintang Selatan
7. SMK Putrajaya Persint 8 (1)
8. SMK (P) Sri Aman
9. Sekolah Seri Puteri
10. SM Vokasional ERT, Setapak
11. SMK Taman Setiawangsa
12. SMK Aminuddin Baki
13. SK Putrajaya, Persint 8 (1)
14. SK Seri Bintang Utara
15. SK Putrajaya Persint 9 (1)
16. SK Seri Bintang Selatan

Seminar Cybersafe In Schools 2011 diakhiri dengan majlis penutupan dan penyampaian sijil oleh Pengetua SMK Ampang Pecah, Puan Hajah Ros bt. Yusof. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BTP KPM kerana memilih SMK Ampang Pecah sebagai lokasi seminar dan memberi kepercayaan kepada ahli briged bestari SMK Ampang Pecah membantu melaksanakan program ini dengan jayanya.




MSC Malaysia-MySTL Catalyst project

KUALA LUMPUR, 3 MARCH, 2011: Multimedia Development Corp (MDeC), in collaboration with Labtech International Ltd and Generation YES, have embarked on a GenYES program aimed at further enriching 'Smart School' learning and teaching experience.

In a statement today, MDeC said the collaboration was in line with project-based learning and international certification, benchmarked to the International Society for Technology in Education (ISTE) standards for schools under the Ministry of Education.


"The program, targeted at schools, will enrich the learning and teaching experience of students and teachers by encouraging the use of information and communications (ICT) technology in a project-based learning environment," it said.


MDeC vice president (digital economy enablement enterprise function) Saifol Bahri, said in its vision to nurture the evolution of ICT as a culture, or 'info-culture', it hoped to implement a structured approach in the application of technology in classroom environment.


"The GenYES Program offers not only the structure for this, but it is benchmarked to the standards set by the ISTE, which allows for students to get an international certification recognizing their ability in utilization of ICT as a living skill," he said.


Labtech International Ltd president, Steven Mckee, said the MSC Malaysia-MySTL Catalyst project would provide Malaysian students the opportunity to produce rigorous technology-infused projects aligned to existing curriculum.


SMK Ampang Pecah in Kuala Kubu Baru, Selangor, SMK(F) Besout Sungkai Perak and Sekolah Seri Puteri Cyberjaya are the first schools to benefit from the GenYES program.


- Bernama



Bengkel Moodle

Bergambar kenangan dengan tetamu dan semua peserta.


Persembahan muzik gamelan dalam majlis penutupan oleh pasukan gamelan
SMK Ampang Pecah.


Penyampaian cenderamata dan sumbangan kepada wakil fasilitator UPSI
En.Mohammad b. Hassan


En.Zahri b. Haji Ramlan diriringi oleh pengetua dan YDP PIBG SMKAP.


Suasana berbengkel di dalam makmal komputer


Mei 2011 - Seramai 48 orang peserta yang melibatkan 17 buah sekolah menengah, 5 buah sekolah rendah dan PPD Hulu Selangor telah mengikuti Bengkel Aplikasi e-Learning (Moodle) dalam P&P Daerah Hulu Selangor 2011 yang diadakan di SMK Ampang Pecah dari 24 Mei sehingga 26 Mei 2011. Bengkel ini dianjurkan oleh SMK Ampang Pecah dengan kerjasama JPN Selangor dan PPD Hulu Selangor serta sokongan khas Pusat ICT Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bengkel ini bermatlamat untuk memperkenalkan kepada sekolah-sekolah dalam daerah Hulu Selangor berkaitan e-learning - Moodle yang berasaskan Content Management System (CMS) yang boleh diaplikasikan di sekolah. Seramai 8 orang fasilitator dari Pusat ICT dan Fakulti Seni, Komputer dan Industri Kreatif telah menjadi tenaga pengajar utama dalam bengkel ini. Majlis 'Soft Launch' bengkel ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Ros bt. Yusoff, pengetua SMK Ampang Pecah dan turut berkesempatan hadir Tn. Haji Mohd. Nazri b. Md.Saad, pengarah Pusat ICT UPSI bagi memberikan sokongan.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh En. Zahri b. Haji Ramlan, Penolong Pengarah Kanan, Unit ICT dan Perkomputeran JPN Selangor. Turut hadir di majlis tersebut, YDP PIBG SMK Ampang Pecah, En. Mohd. Nor b. Abbas dan En. Jamluddin b. Abd. Kadir, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Teknologi dan Vokasional, PPD Hulu Selangor.

Para peserta telah dianugerahi sijil penyertaan dan diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua fasilitator dari UPSI. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada JPN Selangor, PPD Hulu Selangor, PIBG SMK Ampang Pecah, Pusat ICT UPSI dan para dermawan yang telah menaja bengkel ini untuk menggerakkan pendidikan alaf 21 di daerah Hulu Selangor. Semua pengetua dan guru besar sekolah yang terlibat diucapkan terima kasih di atas kerjasama melibatkan diri dalam bengkel ini. Semoga bengkel ini memberi manfaat dan diaplikasikan di semua sekolah yang terlibat bagi menjana pendidikan bestari.

Kepada semua warga SMK Ampang Pecah, tahniah dan syabas di atas kerjasama yang baik dalam penganjuran bengkel ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua.


HARI GURU RETRO



Sambutan hari guru pada tahun ini telah dianjurkan dengan cemerlang oleh Lembaga Pengawas SMK Ampang Pecah. Sambutan tahun ini bertemakan 'Retro'. Para guru diminta menggayakan busana ala zaman retro bagi memeriahkan suasana sambutan hari guru yang diadakan setahun sekali. Pelbagai gelagat dan gaya dipersembahkan dengan aksi menarik persembahan kugiran guru-guru pelatih dan persembahan pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada semua bekas pelajar SMK Ampang Pecah yang turut hadir memeriahkan majlis dengan berpakaian mengikut tema. Tidak lupa juga kepada YDP PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan para penderma yang menjadikan smabutan lebih meriah dan bermakna.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2011

April 2011- Pasukan PBSM (perempuan) SMK Ampang Pecah telah dinobatkan sebagai penyandang Juara dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform NGO pada tahun 2011 yang telah diadakan di Dataran Ilmu SMK Ampang Pecah. Sebanyak 14 pasukan unit beruniform NGO telah turut serta mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan pada peringkat daerah Hulu Selangor. Tahniah kepada saudari Misbah yang telah terpilih sebagai Ketua Platun Terbaik dalam pertandingan ini. Jutaan tahniah dan penghargaan kepada semua guru PBSM SMKAP dan En. Hanafiah yang telah memberi komitmen yang terbaik sehingga pasukan ini mendapat kejayaan. Pasukan ini akan mewakili Hulu Selangor ke peringkat negeri yang akan diadakan di Sepang pada bulan Mei. Semoga kesungguhan dan keikhlasan mendapatkan kejayaan berterusan keperingkat negeri dan seterusnya kebangsaan. Insyaalah. Untuk melihat rakaman video kawad kaki, sila klik di sini.

Dalam acara lain, pasukan Kadet Polis wanita SMK Ampang Pecah telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kawad kaki Kadet Polis peringkat daerah Hulu Selangor. Tahniah kepada semua pasukan kadet polis wanita di atas kejayaan ini.

AWARD e-ICON


Saudari Atiqah dan saudari Nurul Nadia bersama sijil Best Collaboration Award yang dimenanginya.

25 Februari 2011- Seoul, Korea: Pasukan KOMAS telah dianugerahkan "Best Collaboration Award' dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Saudari Nur Atiqah (SMK Ampang Pecah) dan Saudari Nurul Nadia (SMK Abdullah Munshi) di atas pencapaian yang membanggakan ini.

Seluruh warga SMK Ampang Pecah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia terutama pihak BTP yang telah memberi peluang kepada SMK Ampang Pecah mewakili Malaysia ke pertandingan bertaraf antarabangsa ini. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada PIBG yang memberi sumbangan kepada guru dan pelajar sekolah ini untuk ke Korea.

Tahniah sekali lagi dan ucapan terima kasih untuk semua yang terlibat.


e-ICON: e-learning International Contest of Outstanding New Ages

Pasukan Malaysia ke Seoul, Korea
Dari Kiri: Pn.Hjh.Shamsida, Nur Atiqah (SMKAP), Wan Nadia dan En. Izhan (SMK Abdullah Munsyi)

15 Februari 2011- Kuala Lumpur: SMK Ampang Pecah dan SMK Abdullah Munsyi, Pulau Pinang telah diberi peluang dan kepercayaan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyertai e-Icon World Contest yang diadakan di Seoul, Korea. SMK Ampang Pecah telah menamakan Pn.Hjh Shamsida bt. Mohd. Nor dan Nur Atiqah bt. Mat Samadi untuk mewakili sekolah ke pertandingan tersebut. Pihak sekolah dan PIBG merakamkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia terutama Bahagian Teknologi Pendidikan kerana telah memberi kepercayaan kepada SMK Ampang Pecah memikul tanggungjawab besar ini. Insyallah tanggungjawab ini akan digalas dengan penuh amanah dan dilaksanakan sebaik mungkin.

Pasukan ini telah berangkat ke Seoul, Korea pada 15 Februari 2011, jam 12.00 malam dari KLIA. Mereka dijangka kembali ke Malaysia pada 26 Februari 2011. Bersamalah kita doakan kesejahteraan mereka dan kembali dengan kejayaan. Amin.

Maklumat terperinci berkaitan e-Icon Contest sila layari http://e-icon.kr




SEJARAH EMPANGAN PECAH KUALA KUBU

Masjid Ampang Pecah merupakan satu-satunya bangunan yang terselamat
dalam banjir besar yang mana keajaiban Tuhan ini dapat dilihat sekali lagi dalam peristiwa Tsunami di Acheh.

Menara Masjid tertera Tahun 1926

Salam dan selamat sejahtera.

Post kali ini bukan untuk memaparkan kejayaan sekolah atau aktiviti sekolah. Tetapi untuk menjelaskan bagaimana hadirnya nama Ampang Pecah di Kuala Kubu Bharu. Pekan Kuala Kubu telah dibuka pada kurun ke 18 oleh orang-orang Melayu yang menjalankan kegiatan melombong bijih timah. Sebuah empangan besar untuk kegunaan kerja-kerja melombong telah dibina di daerah ini. Pada 24 Oktober 1883 Empangan Kuala Kubu ini telah pecah dan menyebabkan banjir besar yang menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya. Peristiwa Empangan Kuala Kubu yang pecah ini penting dicatatkan kerana bertolak dari peristiwa inilah lahirnya pekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang. Tragedi pecahnya empangan Kuala Kubu ini juga dikenali sebagai `Sejarah Kuala Kubu'. Akibat dari kejadian ini Kuala Kubu sebagai sebuah mukim, pekan dan pusat pentadbiran jajahan Hulu Selangor telah tenggelam. Pusat pentadbiran tersebut telah dipindahkan ke Rasa buat sementara waktu. Empangan yang roboh itu panjangnya kira-kira 1.6km dan lebarnya melebihi 91.4m. Ia dibuat daripada batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu iaitu anak Sungai Selangor. Kejadian ini telah mengorbankan nyawa dan harta benda. Seramai 33 orang termasuk Pegawai Daerah dan Majistret berbangsa Inggeris bernama Cecil Ranking turut terkorban. Sementara 38 buah rumah hanyut dan satu-satunya mata pencarian penduduk kawasan ini iaitu mendulang bijih juga turut terjejas. Usaha-usaha untuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat pada tahun 1931, dan pekan Kuala Kubu Bharu telah dibuka dan kekal sebagai salah sebuah Pusat Pentadbiran di Hulu Selangor hingga hari ini, menggantikan Kuala Kubu Lama yang tinggal dalam kenangan.
Begitulah wujudnya nama Ampang Pecah dan Kuala Kubu Bharu. Jika saudara/ri ingin mengetahui cerita mitos buaya putih yang besangkut paut dengan empangan pecah, silalah baca Mitos Buaya Putih Kuala Kubu dari mana-mana perpustakaan atau halaman web yang banyak menceritakan tentang mitos ini. Namun begitu sastera rakyat seperti ini sudah pasti ada banyak tokok tambah bagi menyedapkan cerita dan suasana penceritaan ketika itu. Asas mitos Buaya Putih di empangan Kuala Kubu ini ada kebenarannya namun sejauh mana jalan cerita ini diolah tiada kepastiannya.


KEJAYAAN SULUNG PEMBESTARIAN

Pn. Hjh. Shamsida mewakili pengetua menerima anugerah dari Tan Sri Alimuddin b. Mohd.Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Hotel Marriot Putrajaya- Pada 12 februari 2010, satu majlis penghargaan kepada sekolah Program Pembestarian Luar Bandar Fasa1 telah diadakan. Sepanjang tahun 2009, 15 buah sekolah Program pembestraian Luar Bandar telah dinilai bukan sahaja dari aspek SSQS malah beberapa anugerah tambahan telah diwujudkan bagi memberi penghargaan kepada sekolah-sekolah yang terlibat. SMK Ampang Pecah telah dianugerahkan Sekolah Terbaik Penggunaan ICT dalam P&P 2009 Program Sekolah Bestari Luar Bandar dan Sekolah Terbaik 2009 Program Sekolah Bestari Luar Bandar. Pihak sekolah dianugerahi piala dan sijil pengiktirafan bagi setiap kategori. Seluruh warga SMK Ampang Pecah mengucapkan ribuan terima kasih kepadaBTP KPM, MDeC, JPN Selangor, PPD Hulu Selangor, PKG Kuala Kubu Bharu, PKG Kalumpang dan PKG Soeharto serta rakan-rakan bestari SMK Ampang Pecah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang proses pembestarian berlaku. Ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk Coach kesayangan kami Dr. Aziah bt. Ismail dari Universiti Sains Malaysia yang telah membimbing sekolah ini dengan baik. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin kepada usaha yang gigih dan kejayaan yang lebih cemerlang lagi. Insyallah. Berita lanjut sila lawati blog unit dokumentasi yang dipautkan dalam blog ini.

TETAMU DARI NEGARA KOREA

Turut bergambar dengan murid-murid SMK Ampang pecah


Tidak ketinggalan bergambar dengan guru-guru SMK Ampang Pecah


Faham ker bahasa Korea tu En. Zahri....


Taklimat daripada Pn. Norlida bt. Rahmat mewakili pengetua

Pada 10 Februari 2010 serentak dengan lawatan pengetua dan guru besar program pembestarian sekolah luar bandar, dua orang wakil dari negara Korea (wakil Korean e-learning solutions company) turut mengunjungi SMK Ampang Pecah. Kehadiran mereka diiringi oleh Cik Ita Hasni dari MDeC. Tetamu dari negara Korea ini telah dibawa melawat oleh Pn. Norlida Rahmat (GPK Koku) dan Pn. Tan Loi pembantu penyelaras ICT ke bilik-bilik khas bagi meninjau penggunaan ICT dalam P&P. Di setiap bilik yang dilawati beliau berbual mesra dengan para pelajar di samping mencuba sendiri peralatanICT yang ada.


LAWATAN AKADEMIK PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH LUAR BANDAR

GAMBAR KENANGAN DI SMK AMPANG PECAH

Peserta begitu asyik melihat demo penggunaan IKIT di Makmal Bestari


Taklimat inisiatif sekolah ke arah 5 star rating oleh Pn. Saemah Mat Sahir

Taklimat pembestarian SMK Ampang Pecah oleh Pn. Hjh. Hamidah Saman


Peserta mencuba menggunakan IKIT

Peserta mengambil peluang mencuba menggunakan IWB


Lawatan ke Makmal Bestari
Di Makmal Komputer- Demo penggunaan IWB dan Paint dalam Pend. Seni
Lawatan ke Pusat Akses

10 Februari 2010 - Rabu , SMK Ampang Pecah telah dikunjungi pelawat yang terdiri daripada peserta-peserta program pembestarian sekolah luar bandar fasa 1 dan 2. Tahniah diucapkan kepada 35 buah sekolah yang baru dipilih menyertai program ini menjadikan jumlah keseluruhan program ini ialah 50 buah sekolah. Turut serta dalam lawatan ialah wakil JPN unit ICT dari seluruh negara, wakil BTP, MDec, Telekom Smart School dan Eduwebtv. Dalam program lawatan tersebut, peserta telah diberi taklimat berkaitan proses pembestarian SMK Ampang Pecah yang disampaikan oleh pengetua, Pn. Hjh. Hamidah bt. Saman dan taklimat berkaitan inisiatif sekolah ke arah mencapai 5 star rating yang disampaikan oleh Pn. Saemah bt. Mat Sahir selaku guru penyelaras ICT. Selepas sesi taklimat para peserta dibawa melawat ke pusat akses, makmal komputer dan makmal bestari bagi meninjau infrastruktur ICT dan melihat kelas demo menggunakan IKIT dan IWB yang dikendalikan oleh Briged Bestari SMK Ampang Pecah. Seluruh warga SMK Ampang Pecah mengucapkan terima kasih di atas lawatan dan maklumbalas yang diberikan sepanjang sesi lawatan diadakan. Semoga input yang diberikan dapat membantu pihak sekolah tuan/puan melaksanakan program pembestarian dengan jayanya.

Petikan rakaman video sila lihat di blog GPB SMKAP yang dipautkan di dalam blog ini atau untuk melihat rakaman penuh sila layari www.eduwebtv.com bahagian berita 12 februari 2010.

PERSIDANGAN VIDEO PENGETUA SMKAP

12 Januari 2010 - Perutusan Tahun Baru 2010 Tan Sri Hj Alimuddin Md Dom dan rakaman `tele-conferencing` bersama PPD Kuala Kangsar, Pengetua MCKK, Pengetua SMK Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor, Pengetua SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor telah dilaksanakan dengan jayanya. Turut sama ialah Guru Besar SJK(T) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Paramasivam A/L Ramasamy dan Guru Besar SJK (C) Serendah, Selangor, Lee Siew Hoon. Perutusan ini boleh dilihat dalam rakaman siaran langsung Eduwebtv http://eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=141&vidgrp=7&idcaller=menu_pub


Selamat menonton..

SMK AMPANG PECAH DI SINAR



SMK Ampang Pecah kini di Sinar Harian pula. Berita berkaitan sekolah ini telah diterbitkan pada 5 Januari 2010. Berikut adalah hasil tulisan saudara Amirullah Abdul Karim wartawan Sinar Harian yang telah datang melawat ke tapak pameran Sekolah Bestari anjuran Komuniti Bestari Taman Ampang Pecah dan Agensi Anti Dadah Hulu Selangor.

SMKAP terunggul luar bandar

AMIRULLAH ABDUL KARIM

KUALA KUBU BHARU - Ramai tidak mengetahui Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah (SMKAP) telahpun disenaraikan sebagai Sekolah Bestari. Namun, usaha mempromosikan sekolah tersebut masih giat dilaksanakan memenrusi penglibatan dan penyertaan di beberapa program komuniti sekitar daerah ini. Guru Penyelarasnya, Saemah Mat Sahir berkata, SMKAP mahu masyarakat Hulu Selangor menyedari kewujudan sekolah bestari itu. Menurutnya, masyarakat perlu tahu dan sedar bahawa terdapat institusi berprestasi tinggi di daerah ini dan salah satunya adalah SMKAP. "Kita mahu ibu bapa sedar institusi kita sudah ada transformasi dengan kelengkapan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan menyedari keperluannya.
"Dengan kewujudan sekolah bestari ini juga akan mengubah persepsi dan gaya hidup masyarakat bahawa penggunaan ICT bukan hanya untuk golongan tertentu sahaja tetapi untuk semua,' katanya. Menurutnya, sekiranya ibu bapa mahu menempatkan anak mereka di SMKAP, usaha pembentukan sahsiah mereka perlu terlebih dahulu dilakukan. Katanya, pihak sekolah akan berusaha memupuk sahsiah terbaik dalam diri pelajar dalam usaha melahirkan pelajar bestari selaras dengan misi membentuk pelajar Unggul menjelang 2012. SMKAP dahulunya adalah sekolah harian biasa dan melalui pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah, sekolah ini diangkat sebagai Sekolah Bestari.
Malah katanya, SMKAP adalah sekolah bestari yang terbaik di luar bandar daripada 15 sekolah bestari di seluruh Malaysia.
"Dahulunya sekolah ini hanya sebuah sekolah harian biasa, namun bermula Mac tahun lalu, kita melalui proses transformasi pembudayaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
"Empat komponen pembangunan utama yang dititikberatkan seperti modal insan, aplikasi, infrastruktur dan penggunaan,"katanya.
Saemah berkata , SMKAP kini dilengkapi dengan peralatan ICT seperti Kit Interaktif (I-kit) dan papan putih interaktif (IWB) untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif.
"Menurutnya, dengan bantuan peralatan itu, segalanya menjadi lebih mudah.
Selain itu katanya, SMKAP juga dilengkapi dengan Pusat Akses Maklumat Bestari yang berfungsi sebagai kafe siber dalam menyediakan medium mengakses internet. Malah, katanya dalam usaha menggalakkan pelajar terdedah dengan pengetahuan ICT, Program Briget Bestari diwujudkan. Pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam ICT akan dilantik menyertai program itu. Secara keseluruhannya, aplikasi ICT yang diperkenalkan di sekolah luar bandar dapat menggalakkan pelajar untuk lebih ke hadapan dan terlibat lebih aktif ketika berada di sekolah.



SELAMAT DATANG KESESI PERSEKOLAHAN 2010


Pendaftaran pelajar baru 2010 ke SMK Ampang Pecah





Ucapan Pengetua SMK Ampang Pecah, Pn. Hjh. Hamidah bt. Saman


Tayangan Montaj sekolah dan taklimat Unit Bimbingan dan Kaunseling








Pada 31 Disember 2009 (Khamis) pendaftaran pelajar tingkatan peralihan dan tingkatan 1 telah dilaksanakan dengan jayanya. Sesi pendaftaran telah dimulakan dengan tayangan montaj sekolah, tayangan unit bimbingan dan kaunseling,ucapan pengetua dan sesi memperkenalkan guru-guru peralihan dan tingkatan satu. Selesai sesi taklimat, ibu bapa dan pelajar bergerak ke kelas untuk urusan pendaftaran dan bayaran yuran. Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen semua ibubapa yang hadir di luar jangkaan. Semoga anak-anak tuan/puan mendapat ilmu yang berkah di sekolah ini seterusnya menjadi insan gemilang.


Followers